|
Wednesday, August 4, 2010
Adik besar nak jadi apa?
Pada suatu hari, saya singgah di satu surau di kawasan perumahan untuk sembahyang zohor.Selesai sembahyang, ada seorang budak lelaki tengah memanjat pagar surau.. "Pakcik, dia ni yang suruh saya panjat, pakcik", kata budak yang di atas pagar sambil menunjukkan pada kawan dia yang berdiri dekatnya, seolah-olah takut saya marah padanya.. Saya senyum saja... "Pakcik baru sembahyang ke?" tanya budak di atas pagar itu.. "Iye, pakcik baru jer sembahyang zohor..Eh kamu berdua dah sembahyang?" tanya ku balik.. "Belum", pendek jawapnya... "Kalau gitu gi lah sembahyang", jawap ku.. "Jom-jom sembahyang jom" ajak budak yang berada di atas pagar sambil melompat turun lari ke dalam surau..
| Hmmm mudah betul menjadi budak... pikiran mereka hanya pada bermain dan belajar... mesti kita semua ada perasaan nak kembali kepada zaman budak-budak.. main galah panjang, main guli, main lecak dan sebagainya...  gambar hiasan: anak burung minta disuapkan
cuba ingat semasa sekolah rendah dulu...mesti ada cikgu bertanya "adik bila besar nak jadi apa?" Mesti jawapan gah-gah belaka. Ada nak jadi guru, doktor, angkasawan dan macam-macam lagi yang best-best... Cuba di tanya soalan pada diri sendiri sekarang... Contohnya beginilah saya tanya pada diri saya sendiri yang dah berumur 35 tahun ini.. "Saya nak jadi angkasawan lah.." cuba saya cakap ayat di atas kepada kawan-kawan atau saudara mara saya..mesti saya kena gelak besar dengan mereka agaknya.. hehe... Bila dah dewasa ini, impian kita agak terkongkong dengan kapasiti yang kita ada iaitu masa, kerjaya, pendidikan, keluarga dan pelbagai faktor lagi.. Hmm.. apakah kita harus mengkuburkan saja impian itu? Tidak... cuma kita kena ukur baju di tangan sendiri, kata pepatah melayu.. Impikanlah sesuatu yang boleh di capai, dengan berusaha dengan lebih gigih. Kita semua perlu ada impian, sama ada untuk jangka masa pendek atau jangka masa panjang... Misalnya... untuk jangka pendek.."tahun ini saya nak beli motor.." atau impian untuk jangka panjang... "saya nak buat satu buku cerita dan gambar burung-burung.." walaupun macam remeh, jangan lupa mempunyai impian..Ingatlah manusia maju kerana mempunyai impian.. "Saya mahu anakku terbang seperti burung", impian Daedalus yang memasang bulu-bulu burung pada anaknya Icarus sebelum menyuruhnya terbang dari tebing tinggi.. Icarus mati tapi impian manusia akhinya tercapai juga.. sekarang semua orang boleh terbang bak kata Air Asia.. "Now everybody can fly" Jadi kejarlah impian anda itu..." notakaki: saya belum pernah naik pesawat lagi.. huhuhu.. impian saya tu, satu masa nanti :D
|
Tag/Label :
life
Dipostkan @ 04:01 PM
| 5
Komen
|
Report Abuse
|
|
Wednesday, June 23, 2010
Kucing oh kucing
Suatu malam tu, sewaktu saya sedang menghampiri kereta selepas selasai makan malam, saya terdengar bunyi mengiau kucing...lantas saya memanggil kucing itu..."ngeeeauuuu" Datang lah seekor ibu kucing menggesel kepalanya di kaki saya, saya usap-usap kepalanya...tapi masih terdengar bunyi mengiau kucing tadi ...hmmmm.. Lalu saya menjenguk ke dalam longkang, nampak seekor anak kucing berbelang kelabu coklat jauh di dalam longkang.. "Ohh... anak ko jatuh ke dalam longkang ker?" "Ciaannnn dia" Ibu kucing tu memandang aku seolah-olah meminta bantuan.. Ligat otak ku memikirkan macamana nak mengeluarkan kucing itu.. "Takper lah cuba dulu...", bisik hati ku... Aku pun masuk ke dalam longkang itu... "Ngeeaaaauuuuu..." aku panggil anak kucing tu...'' Datang dekat anak kucing itu... tapi, bila nak tangkap je ia, ia pun lari... "Susah betullah...", kataku dalam hati. Jadi malam tu aku mengalah dan balik ke rumah | Keesokkan petangnya, hujan petang. Dalam hati ku berkata "Janganlah lebat, kesian anak kucing tu nanti kena hanyut kan air" Jadi malam tu aku mencuba lagi,
Macam semalam, bila ku panggil ia datang..... aku keluar dari longkang , aku halang laluan anak kucing itu untuk lari dengan menggunakan payung..dan turun balik... bila tangan ku dekat... ia pun lari, tapi disebabkan ada payung, ia pun sangkut pada payung itu... habis di cakarnya tangan ku...Bila ku letakkan di atas tanah...Macam lipas kudung ia lari, terus hilang di celah semak... 
anak kucing itu dengan emaknya..
|
Tag/Label :
life
Dipostkan @ 12:12 PM
| 0
Komen
|
Report Abuse
|
|
Wednesday, March 31, 2010
Jantan!
Orang kata kaum sejenis aku bunuh anak, mana ada? 
elok je anak aku lepak ngan aku.. Orang kata betina hanya untuk seks sahaja. Dah main tinggalkan saja... 
Tengok,aku sayang mak kepada anak-anak aku.. | 
Orang yang buang-buang anak... kata kami pulak kucing jantan yang makan anak.. Hish! ikut sedap mulut jer.. malu la sikit! ;P |
Tag/Label :
life
Dipostkan @ 02:45 PM
| 12
Komen
|
Report Abuse
|
|
Friday, March 26, 2010
The journey
Ramai kawan ku kata, percintaan jarak jauh ni menyusahkan.. kalau rindu pun susah nak berjumpa,banyak teka-teki, kena saling percaya.. boleh ker percaya kat dia, apa dia buat di belakang kau, betul ka dia tak berjumpa perempuan lain, boleh percaya ke kata-kata dia bulat-bulat... "Ah! lelaki", sindiran rakan baikku masih terngiang-ngiang di telinga ku.. Dummm.... petir berdentum, hujan mula menitik dari rintik menjadi lebat.. deruman bas tidak lagi kedengaran, iringan muzik makin kelam digantikan titisan titik-titik hujan yang mula lebat... mata makin berat... otak makin tepu.. hmmmmm....
| janji aku cintakan dia..
 sekadar menyelami fikiran seorang yang bernama perempuan
|
Tag/Label :
merapu
Dipostkan @ 04:51 PM
| 4
Komen
|
Report Abuse
|
|
Monday, March 15, 2010
The unfinished novel.
The time is 2.56am... The song still rings in my head..couldn't shut it off..
As character turns to words, As words turn to sentences, And whole paragraph is written.. Then comes to a comma.. A pause.. Then a fullstop.. a qustion mark..
Does all this matters.. Why do does I have to do this.. what is it for.. Do we have a destiny.. Where is the end.. Cant we just pressed back space a thousand times..to get back to where we were..
Cant I just stop thinking?
Another paragraph of another topic.. Yet the previous have no end..
Well.. My logic brain said, u can only stop thinking if your brain is dead! You moron!
Hmmmm.....
I'm lost... Now is 3.12am.. Why I'm here tapping the keyboard ?
Hmmmm ...
Flashes..
Alone in the mossy forest hearing myself whining out of breath...
Sitting down while hearing the last rites being read 
and thinking... when is my time?..
.. and staring down the eyes of fierce dogs barking and feeling the time is near..
.. And staring at the night sky with the full moon staring back at you..
.. And there is a feeling of lost.. And just want to sleep ..
| 3.26 am.. A person doesn't always smiles.. Something is left unspoken.. Must be something.. Its funny I haven't ask... Coz its the first thing I ask when I met someone new..maybe a glint in her eyes told me to shut up.. Or maybe its the trance of the mole..
Hmmmm
3.34am.. Eyes getting wider..
Take a deep breath...close your eyes ...and sleep. There goes another day till your time is up and the novel finishes ending all the what if's.
3.40am..
Backspace...Backspace...Backspace...Backspace...Backspace...Backspace...Backspace... Hahaha . Nuts... |
Tag/Label :
diary
Dipostkan @ 12:48 PM
| 4
Komen
|
Report Abuse
|
|
Wednesday, February 10, 2010
potong potong potong!
hari ni hari rabu, lagi beberapa hari lagi nak cuti panjang... mula lah jalan raya jadi sesak. Memasing nak balik kampung, nak gi holiday..masing-masing nak cepat. pernah aku tengok kat tv, diorang test perjalanan kenderaan kat jalan pakai bola pimpong yang terapung dalam longkang.. Bila ada ruang mula lah ada yang potong yang depan. Bila ruang sempit, masing-masing jadi perlahan nak melepaskan ruang sempit tu. Tapi apa bezanya pemandu dengan bola pimpong tu? jawapan ada kat akhir blog ini...
| Bila pemandu kenderaan jadi bola pimpong. Bila ada ruang, mula la nak memotong

Bila ruang sempit kenalah berasak2 dengan perlahan nak melalui ruangan sempit.. kalau bola pimpong tu dah saling berlaga-laga.. Kereta boleh ke berlaga-laga..dalam tv tu jugak dia tunjuk, kalau laluan tu sekata je, perjalanan pimpong tu berjalan lancar saja tak berlaga.. jadi apa bezanya pemandu dengan bola pimpong tu?
jawapan nya... ej nigna ada gnosok gnopmip alob. .kato ada narutarep tuki gnay udnamep ut narutarep tuki kat gnay udnamep ualak !kato ada kat aid alapek ej gnosok...el gnopmip macam nak baca jawapan kena gunakan deria yang pemandu yang memotong menggunakan pembahagi jalan di atas tak ada.. huhuhu.
Berhati-hati di jalan raya! |
Tag/Label :
road safety
Dipostkan @ 11:43 AM
| 8
Komen
|
Report Abuse
|
|
Friday, February 5, 2010
6th sense?
Hari tu pergi karnival buku MPH, TERpergi kiosk pengedar buku ni, TERnampak buku ni..
|
 macam fimiliar kan.... ;)
|
Tag/Label :
diary
Dipostkan @ 09:33 PM
| 6
Komen
|
Report Abuse
|
|
Monday, January 25, 2010
Air Terjun Sg Pandan (edisi bergambar)
Hari tu berpeluang pergi merayau ke sini untuk memburung, sambil berjalan-jalan ambik gambar.. Tinggi betul air terjun ni! Masa datang hari tu ramai jugak pengunjung datang untuk berkelah. ada kawasan air cetek sesuai utuk bawa anak-anak kecil mandi.
ada yang berani naik di atas batu 
ada yang mandi di bawah air jatuh.. 
Walau macamana pun kena berhati-hati, air sungai boleh naik mendadak jika hujan di hulu macam kejadian yang masuk suratkhabar ni..
| Ni pulak air terjun yang ada di tingkat atas, tempat takungan air. yang ini sebelah kiri 
sebelah kanan 
macamana nak pergi sana, klik sini nak tengok gambar burung kat sini, serangga kat sini
|
Tag/Label :
travel
Dipostkan @ 02:56 PM
| 13
Komen
|
Report Abuse
|
|
Thursday, January 21, 2010
Akan ku tunggu saat itu
I am here, braving the sun and rain, the stares and hideous toughts, just if you will come back,
I am still here waiting, for you to fullfill your promises, fo us to be together, to live happily everafter..

| Apabila fantasi diterjah realiti, apabila sudah pudar cinta, apabila sudah hilang upaya, apabila kehilangan punca, mereka dibuang bagai sepah dan sisa... kasihan mereka.. hayati karya mereka.. yang memberi pengertian cinta manusia
membuat jiwa, meruntun perasaan, mengundang ceria segala suka duka terhimpun di sini
adakah senyum yang tercipta atau airmata kesudahannya hanya Tuhan yang menentukan segalanya. dari Novel Lagenda Budak Setan
| Masih terdengar Suara penyesalan Di hujung percintaan Hingga ku kesesatan tiada Kepastian
Sudah ku cuba Mengutip kekuatan Mengusung kehidupan Sayangnya penitian disekat Sejuta tangan yang kejam
Mengapakah diriku masih terbelenggu Dikurung satu harapan Yang kekosongan Terpenjara hatiku Kerna menyintaimu Yang teramat menyiksakan hidupku
Kau ku sayang Berilah kemaafan Moga ku ditemukan Sebuah ketenangan yang damai Dari Lirik Di Hujung Percintaan
|
Tapi nampaknya tiada cinta sejati buat mereka, Semoga di permudahkan kehidupan mereka.
|
Tag/Label :
life
Dipostkan @ 02:36 PM
| 13
Komen
|
Report Abuse
|
|
Tuesday, January 19, 2010
Boleh Tolong Tak?
Seperti biasa, selepas balik dari kerja, aku menyinggah kat kedai mamak.Sebab memang kedai tu dah biasa dengan aku, aku angkat tangan sahaja,mamak kat kaunter tu pun angguk dan teh tarik pun sampai. Sedang aku menghirup teh, datang seorang lelaki separuh umur duduk di depan aku. Tanpa mengucap salam, dia pun duduk di kerusi kosong di meja yang aku duduki.. "Duduk dekat mana", sapa dia.. "Adalah dekat-dekat sini", jawap ku endah tak endah.. Macam lah aku tak cam muka dia, ada sekali dulu dia pun pernah buat benda yang sama. "Ye lah, kat mana? Sek 18 ke sek 24, ke sek 17 ke?" tanya dia lagi.. "Eh, abang tak ingat ke? dulu pun abang dah tanya soalan itu" jawapku... "Eh ye ke? kita pernah borak ke kat sini?", jawap dia.. dahinya berkerut.. "Ada saya ingat", jawap ku "Saya tak ingat ler, hehe" , cuba berdalih atau memang tak ingat,tak tahu lah aku.. Dia pun mengorder teh-O
Seingat saya dulu dia ada datang borak dengan saya dan dia minta hantar ke rumah dia.. adalah 2-3 soalan lagi, macam kerja mana, datang dengan siapa,semua aku bolayan.. Last-last aku jawap "Penting ke saya nak jawap soalan abang ni, semua tu saya dah cerita kat abang dulu.. " tapi aku punya jawapan tu macam masuk telinga kiri keluar telinga kanan.. terus saja mengajukan soalan..
| Lepas tu... dia tanya, "Eh boleh tolong saya tak? Isteri saya dah kena potong kakinya dua-dua belah. Saya pula dah tak bekerja. Kasilah berapa-berapa yang awak hendak" Saya jawap, "bukannya saya tak mahu tolong, tapi saya pun macam abang juga... tengok saya pun datang sini minum je. kalau saya berada(berkemampuan) mesti saya order nasi beriyani ke apa ker...abang pergi la mintak orang-orang tu!" sambil saya tunjuk kat orang-orang yang sedang makan.. aku pun sambung buat tak tahu, sambil tengok orang lalu lalang. Dia mendesak lagi "bagi la... berapa-berapa pun" "Kalau saya tak nak bagi?" jawapku.. setelah beberapakali mendesak..
"Bagi laa.. alaa.. berapa -berapa punnn, bayar teh-o saya saya sekali" "Ok, air saya bayar, duit saya tak nak bagi", tegas ku.. "Kalau saya nak bersedekah, baik saya bagi sedekah kat budak2 tahfiz tadi!" Aku pun pergi bayar air, dan cabut.. Kalau para pembaca nak membantu orang ini, boleh lah cari di sekitar kedai-kedai mamak di seksyen 18 shah alam, biasa dalam pukul 8 malam dia ada lah, aku perati mamang dia akan duduk di meja yang ada seorang-dua orang sahaja. Kalau betul dia perlu bantuan, eloklah cari dia ni dapatkan bantuan dari agensi yang berkenaan, tak pun masuklah tv3 ke, sokabar ke. Tak payah kacau orang - orang yang macam aku n. Janji aku tak kacau orang dan orang tak kacau aku sudah! |
Tag/Label :
diary
Dipostkan @ 03:04 PM
| 13
Komen
|
Report Abuse
|
|
Friday, January 15, 2010
err..
testing.
aku lupalah cemana nak post blog... huhuhu
Tag/Label :
Dipostkan @ 09:11 PM
| 8
Komen
|
Report Abuse
|
|
Wednesday, December 30, 2009
ba wau jin nga ...
"Hai! dah kahwin ke belum? Saya bujang lagi!" kata-kata lelaki mengorat di tepi jalan.. Apa makna bujang tu yer... meh kita lihat beberapa takrifan bujang.. | Bujang | Umumnya lelaki atau perempuan yang belum berkahwin. Contoh penggunaan: "Saya masih bujang lagi" | | Rumah bujang | Rumah yang diduduki beramai-ramai, biasanya satu jantina samada lelaki atau perempuan. Contoh penggunaan:"Saya menyewa di rumah bujang tu, seratus ringgit sahaja sewa sebulan"
| | Anak bujang | Anak lelaki yang belum berkahwin. Contoh penggunaan:"Kenalkan, Inilah anak bujang saya" | Bujang Trang Tang Tang
| Panggilan manja kepada lelaki bujang, di popularkan oleh P.Ramlee Contoh penggunaan:"Saya masih bujang trang tang tang lagi" " | Bujang Terlajak
| Lelaki yang hampir mencapai separuh umur tetapi masih belum berkahwin. Contoh penggunaan:"Pak Man lah yang paling lamma duduk rumah ni, dia tu bujang terlajak" | Bujang Lapuk
| Panggilan manja kepada bujang Terlajak, di popularkan oleh P.Ramlee dalam siri filem Bujang Lapuk. Contoh penggunaan:"Bujang lapuk keliling kampung, naik basikal ai macam beruk" | Bujang Senang
| Seekor buaya di Serawak yang di katakan membaham manusia. satu-satunya bujang yang berdarah sejuk. tetapi bukan spesies buaya darat yang berdarah panas. | Bujang Tiga
| Lelaki yang sudah berkahwin tetapi mahu mengisi kuota. Bila dia mengaku bujang, maknanyamasih ada kekosongan lah dalam kuotanya. Ia hanya mempunyai seorang isteri. Contoh penggunaan: "Dah kahwin ke belum ni?",tanya perempuan "bujang(bujang tiga)", jawab lelaki | | Bujang Dua | Sama dengan bujang tiga tetapi mempunya dua isteri.
| | Bujang Satu | Sama dengan bujang dua tetapi mempunya tiga isteri. | Bujang Sifar | Dah penuh kuota, tapi masih nak beristeri baru.
| Bujang Empat
| Ni memang sah tiada isteri.. Kuotanya masih ada 4 kekosongan. Contoh penggunaan:"Saya mana ada isteri, saya bujang empat", tegas lelaki tersebut. , , | Bujang Antik
| Lelaki yang tidak isteri di usia emas samaada kematian isteri/bercerai atau bujang terlajak. Contoh penggunaan: tanya uncle..hehehe |
| 
Uncle Kamal.. Bujang Antik Ekawan.. hehe
|
Tag/Label :
merapu
Dipostkan @ 04:18 PM
| 10
Komen
|
Report Abuse
|
|
Thursday, December 24, 2009
Pesanan Penaja...
 | Ignorance is bliss! until Reality bites.. ps: thanks to the pro photog shooting this pic..
 this GF is nice tooo! whoooaaaa niceeee GF..
|
Tag/Label :
life
Dipostkan @ 03:30 PM
| 7
Komen
|
Report Abuse
|
|
Tuesday, December 22, 2009
Haaa...Zizi dah kahwin?
dah dengar kan....desas desus ni... dengan ini, saya nak menafikan yang saya dah berkahwin/bernikah dengan sesiapa pun, baik lelaki atau pun perempuan.. mahupun khunsa... makan pun kais pagi makan pagi, kais petang, makan petang... baju pun 10 tahun tak bertukar ... |
berlobang dah... nak kahwin konon... eh.. orang fufular pun nikah jer... ngapa aku tak leh... mungkin saya tak cukup hensem.. dan cuma bujang empat bukannya bujang tiga.. |
Tag/Label :
about me
Dipostkan @ 12:07 PM
| 9
Komen
|
Report Abuse
|
|
Tuesday, December 8, 2009
Saya uncle?
Suatu hari, seperti biasa saya pergi ke kedai mamak untuk makan malam bersama secawan teh tarik.. Sedang saya baru nak menyuap nasi goreng ikan masin, datang seorang lelaki bersama 2 orang gadis hendak duduk di meja sebelah saya.. Memandangkan sudah ada dua orang lelaki yang sudah dudukdi meja itu, dan hanya ada 4 kerusi, maka si kakak menyuruh adiknya yang saya kira berusia 15-16 thn mengambil kerusi di meja saya.. "Excuse me uncle, Can I take this chair?" "Sure, why not!", jawapku sambil tersengih... "Uncle???" nak tergelak aku di dalam hati... Oh! aku sudah tua rupanya... Hahahahaha...
|  My "niece" is on the right. Hmm..Chicks sure looks older these days.. LOL!
|
Tag/Label :
diary
Dipostkan @ 03:18 PM
| 8
Komen
|
Report Abuse
|
|
Friday, November 20, 2009
a quickie
 hi, yup
how are u? i am fine any progress with ur 'animal planet - white ant project'? pictures coming soon
is that mysterious cat still around? still haunting me
how's ur love doing? maseh tabah menunggu? atau akhernya sudah menjemu? pending answers to "what really happen in ipoh?" or its easier to find people who will just open up.. and not hiding things behind my back.
| | |
Tag/Label :
merapu
Dipostkan @ 04:59 PM
| 2
Komen
|
Report Abuse
|
|
Wednesday, November 18, 2009
ntah hape haper
Malam tadi tengah leka bermain dengan anai-anai, tetiba ada bunyi ketukan kat pintu..Terus di kepala terpikir, sapalak yang datang memalam ni...sebab, sesapa nak datang kenalah inform dulu... Hmmm mak aku ker?, mmg slalu dia akan cakap nak datang dulu.. ada skali dia datang.. rumah macam tongkang pecah... jadi pastu dia nak datang mesti dia warning dulu... baru la anak dia kelamkabut nak kemas. Ooo hari tu dia tanya..tak jumpa burung besar ker? yang bulu kat kepala tuu..saya jawap..entah la, kalau conform baru cakap..
Along ke, takada lak aku hutang ngan along.. kalau ajk blok tu dtg nak kutip bil, dah bayar dah hari tu..pkns? nak duit ,aku suh dulu baiki bumbung yang bocor tu.. Hmmm sapalagi eh...
| Aku pun intai la ikut lubang kat pintu tu... cam manik tudung jer... cam org pompuan je.. ngehehe... ada ker org pompuan nak kan aku nih... bila aku bukak pintu, laju je dia cakap.. "eh bleh masuk?" aku pun diam .... pikir! tiba-tiba dia tolak pintu tu sampai tutup... "dum.." nasib baik aku tak tersepit... laju je bunyi dia turun tangga... garu2 kepala aku dibuatnya...
makan kuih sepit lagi best, tak yah pikir2..hehehe Seeedaaaaappppp!
|
Tag/Label :
diary
Dipostkan @ 12:12 PM
| 6
Komen
|
Report Abuse
|
|
Tuesday, November 17, 2009
Got it!
apparently BMW quit using the tagline "The Ultimate Driving Machine" that they have been using since 1973. No reason has been given but I've found out why.. See the pic
| 
Something fell off the car.. :P
|
Tag/Label :
merapu
Dipostkan @ 03:22 PM
| 5
Komen
|
Report Abuse
|
|
Monday, November 16, 2009
makan tengahari RM2.80
bleh dapat lagi ker sekarang? masa balik kampung sekali tu, kat kedai mamak kat teluk intan, jalan kampung banjor, tengok rege dia iklan.. fuih murah giler... 
kalau campur air sirap limau, rm3.80 kot
| Biase kat sini makan nasik kat kedai mak tu RM4.60 sekali ngan sirap limau. naper leh beza-beza eh, sewa kedai mahai ka? beras mahai ka? gula mahai ka? kite nak survey ler.. kalau makan nasik campur(nasik, lauk ayam/ikan+sayur+ air manis) berapa korang kena...kalau boleh kasik tempat sekali... |
Tag/Label :
campaign life
Dipostkan @ 12:26 PM
| 8
Komen
|
Report Abuse
|
|
Friday, November 13, 2009
Apa cherita baharu?
Soalan: Lama tidak thulis blog, tiada kah cherita? Apakah Enche ZZ telah kehabisan buah pikiran untuk menulis? Tiadakah perubahan yang berlaku di dalam hidup Enche ZZ untuk di thulis... Jawapan: Bukan tiada apa yang hendak ditulis, chuma, masa kadang terlalu chepat berlalu, khadang-khadang terasa malas membicarakan isu-isu semasa. Biarkan sahaja, bukhan ada telingha yang mendenghar. Biarlah, bhukan kita yang mempunyai khuasa. Asyhik kita sahaja yang mendhengar, biarlah khali ini khita tutup telingha, tuthup matha, tuthup mulut..
| Ha! Tutup matha.... Jangan Tenghok! Tiadalah penting pun...
 Tengah lapor ni,macham sedhap lak senarai makanan baharu KFC nih...
|
Tag/Label :
complaint
Dipostkan @ 03:29 PM
| 15
Komen
|
Report Abuse
|
|
|